Friday, January 16, 2009

~ menang tak bermakna berjaya, kalah tak bermaksud gagal ~

Pilihan raya kampus UKM telah berakhir, dan keputusannya pun sudah diketahui..
Di sini, saya tak berminat nak komen panjang lebar tentang keputusan pilihan raya atau apa-apa..

tapi saya cume nak ucapkan tahniah untuk pihak yang menang, juga untuk pihak yang berjaya..
Kerana bagi saya menang tak semestinya berjaya, kalah tak semestinya gagal.. haha, bagi yang tak faham, buat-buat faham ajela.. kerana siapa yang makan aiskrim strawberi, dia yang rasa aiskrim strawberinya, siapa yang tak makan aiskrim strawberi, tak dapatla rasa aiskrim strawberi, tapi tak semestinya dia tak dapat rasa strawberi, kan?? haha,

Cume, sekiranya keadaan masih kekal seperti biasa, saya rasa ramai yang tak nafikan, mungkin beberapa tahun lagi, yang menang akan kalah lagi gagal.. kerana bagi saya pihak yang kalah namun berjaya ini, amat enthusiastic dan pengaruh mereka semakin meluas.. nak-nak lagi, student bila dah besar panjang (tahun 3, 4 n so on) mungkin dah pandai menilai dan tak gentar lagi dengan taktik kurang bersih yang diaplikasikan pada pelajar-pelajar junior.. lagipun, diorang nie belum ada apa-apa yang dijadikan sebagai bahan penilaian sendiri, cuma kata-kata individu-individu tertentu sahaja yang dijadikan rujukan sekaligus menjadi bahan penilaian primer mereka..

Tapi saya ingin sarankan, agar jentera atau orang kuat pihak yang bertanding, saya mohon sangat-sangat tolonglah semak dan pantau manifesto yang diusulkan. Ada antaranya bagi saya amat tidak logik n maaf jika saya katakan ia quite n very ridiculous.. contoh saya terpaksa rahsiakan.. tapi analoginya, cadangan membuka bank 24 jam, apa justifikasinya?? nak draw duit, atm ada, nak masukkan duit, cash deposit ada, nak wat payment or pape, online banking kan ada.. ada pula manifesto yang memperjuangkan benda-benda yang telah sedia ada di depan mata.. ini memberikan imej yang kurang baik kepada insan-insan yang mengundi berdasarkan kredibiliti seseorang calon.. contohnya, kemudahan oku, yang dah sedia ada, wifi di kolej yang semakin ok.. maaf pada yang terasa.. but lenkali, alert skit ye.. gajah depan mata tak nampak, semut kat celah-celah gula perang, masakan nampak?? maksudnyer, pembangunan infrastruktur dan prasarana yang dibangunkan pun tak dapat nak nampak, apatah lagi masalah dan suara para pelajar yang?? mungkin nampak remeh, namun jika anda rasa flyers yang diedarkan itu adalah medium marketing untuk mengundi anda, do take note bout it..

tentang blog dan juga flyers yang saling menghentam sesama sendiri, nak hentam pun biarlah benda yang relevan.. takkan pasal benda-benda remeh, maaf bukan remeh, tapi bukan benda yang patut dipersoalkan pun.. contohnya, saya tak boleh nak tahan dengan komen penggunaan perkataan pelajar dan mahasiswa.. rasanya, kalau dbp yang baca, diorang gelak jer.. for your information, maksud mahasiswa bukan specific untuk penuntut universiti lelaki sahaja, tapi penggunaan ia juga merangkumi penuntut universiti perempuan.. so, tak perlu la bergaduh ye.. if tak puas hati, boleh buka kamus dewan edisi ke-4, takpun tanya pada guru bahasa anda, takpun kengkawan kat upu(urusetia perucapan umum) tue pun dapat membantu.. pls, do argue bout sumting yang relevan.. jangan jadi budak tadika..

sebenarnya, banyak lagi yang ingin saya suarakan di sini, namun cukuplah perkara-perkara itu saya suarakan sebagai borak-borak di kedai kopi dengan kawan-kawan yang seangkatan dan sefahaman.. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi..

akhir kata, kepada calon-calon yang menang, wish u al d best, n gud luck.. dan jalankan tanggungjawab anda semua sebaik mungkin..

tak kiralah anda calon arus perdana ataupun menentang arus, tapi bila dah dilantik sebagai mpp @ pmukm, anda semua dah jadi under one roof atas nama pmukm..

'apa yang penting, kerjasama..'