Thursday, February 26, 2009

MeOoow.. MeOoow.. II

Post kali ini hanya mengandungi sedikit-sedikit gambar kucing yang rasanya menarik untuk dikongsi bersama.. (",)

Kucing 1 :

Nama : Si Gomok (bukan nama sebenar)
Alamat : Sepang, Selangor
DE

Si Gomok (bukan nama sebenar) yang pemalu.. Kalau orang luar yang try nak approach ye, mesti ye cabut lari and nyorok mana-mana.. Macam tau-tau ajer orang geram tengok bulu ye yang banyak ngan badan yang gemok gedempol tue.. Tapi ada petua camaner nak approach si gomok nie, tue kne tanya ownernye la.. He's my cousin..

p/s : Geramnyer ngan ekor ye..

Kucing 2 :

Nama : Si Putih (bukan nama sebenar)
Alamat : Benut, Pontian, Johor DT

Ini bukan iklan tv.. Nampak tak ada makhkuk warna putih atas tue?? Haa, tue bukan patung, tapi adalah.. Si Putih (bukan nama sebenar) yang 'budget'.. Ntah datang dari mana-mana tapi trus buat macam rumah sendiri.. Camanerlah owner die boleh sabar dengan character si putih nie.. hmm.. She's my cousin..

p/s : Dahla badan tue besar, ske duk atas tv, orang nak tgk tv pun tak senang..

Kucing 3, 4, 5, 6 dan 7 :

Nama : Undefined
Alamat : K8A, Kolej Ungku Oma
r, UKM,
43600 Bangi, Selangor DE

Nie mak kucing dan anak-anaknyer yang kiut..

Kiutnyer ye tido...

Gambar ye lagi..

Kucing 8 :

Nama : Undefined
Alamat : K7B, Kolej Ungku Omar, UKM,
43600 Bangi, Selangor DE


Yang nie pulak kucing yang bermastautin di blok saye.. Tapi kucing nie dah takder, alih-alih jer ilang, tak tau la hidup lagi ke tak.. Adik-beradik ye ada empat ekor semuanyer.. Color ye semua lebey kurang ajer.. Macam mak ye..

Kucing 9 dan 10:

Nama : Undefined
Alamat : K7B, Kolej Ungku Omar, UKM,
43600 Bangi, Selangor DE

Yang nie pula sama mak dengan kucing 8 kat atas tadi.. Tapi generation lain-lain.. Adik beradik ye ada 3 ekor semuanyer.. And kucing nie sangat hyperactive..

~ (",) ~

MeOoow.. MeOoow..

Kucing & Islam
www.iLuvislam.com
Oleh : Leokid
Editor : naadherah

Sudah lama saya tak bercerita mengenai sains. Kali ini mari saya berkongsi satu fakta menarik mengenai kucing!

Saya memang seorang penggemar kucing. Dari zaman kanak-kanak lagi, pasti tidak dapat beralah dari kucing! Apakan daya, gaya hidup seperti keluarga nomad dahulu tidak mengizinkan saya untuk memelihara kucing.Di sini juga, ramai sahabat-sahabat yang memelihara kucing. Saya juga ingin, namun saiz bilik yang memuatkan 2 orang manusia sahaja sudah cukup sendat, usah kepingin hendak menambah satu lagi hidupan di dalam bilik ini. Menzalimi kucing itu sahaja.

InshaAllah, tahun depan, bila sudah dapat bilik yang lebih besar, saya akan cuba memelihara kucing pula. Itu pun, bergantung kepada roomate saya lah nanti!

Ok, terlebih dahulu, fakta mengenai kucing. Di satu bahagian nanti baru saya akan kupas mengenai kucing dalam perspektif Islam.

Tahukah anda,

Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!

Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!

Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!

Jom tengok penjelasan sains!

Kucing, ataupun kita manusia, ataupun apa-apa jua hidupan di dunia ini, adalah terbina dari susunan-susunan juzuk DNA dalam diri masing-masing. DNA adalah dianalogikan seperti blueprint, yang mengandungi arahan, maklumat, kod-kod, rahsia-rahsia dan sebagainya yang menentukan sesuatu organisma individu tersebut. Rahsia DNA manusia masih belum dibongkar sepenuhnya lagi, terdapat berbillion-billion kod-kod tertentu yang menentukan setiap aspek ciri dalam diri kita. Malah, terdapat teori, yang jangkahayat manusia turut ter-enkripsi dalam DNA kita!

DNA yang telah disusun, dipanggil kromosom. Kromosom adalah set DNA terdapat di dalam sesebuah sel organisma. Bilangan kromosom adalah berbeza-beza mengikut organisma. Manusia, contohnya, mempunyai 46 kromosom dalam bentuk berpasangan (23 pasangan). Satu kromosom berpasangan tersebut berasal dari ayah, manakala satu lagi berasal dari ibu. Setiap kromosom mempunyai antara 1000-5000 genes. Gene adalah jujukan beberapa DNA yang menentukan satu ciri dalam badan kita. Satu gene, boleh dibentuk sehingga menjangkaui 50,000 molekul DNA! Maka, bayangkanlah betapa banyak molekul DNA yang membentuk diri kita!

Dalam setiap organisma berjantina, terdapat 2 kromosom khas iaitu Kromosom X dan Kromosom Y. Seperti yang saya katakan, kromosom adalah dalam bentuk berpasangan. Pasangan antara X dan Y menentukan jantina kita. Sekiranya seseorang mempunyai kromosom XX, maka ia adalah perempuan. Dan jika XY, maka ianya adalah lelaki.

“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui”.

(Surah Yaasin: 36)

Untuk dipendekkan cerita, kita pergi pada kucing terus. Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing, adalah warna bulu kucing, dan ciri ini ditentukan oleh kromosom X. Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucing yang dikawal oleh allel dalam kromosom X, iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo). Allel adalah ciri-ciri yg disandarkan pada sepasang gene dalam kromosom.

Analoginya sebegini. Warna asal kucing adalah putih (tiada warna).XO adalah “cat” berwarna cerah(oren). Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang). Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna!

Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warna, atau turut dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”, kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaitu XO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak. Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut, kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X! Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX!

Kucing Jantan 3 Warna?

Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu? Dari mana datangnya?

Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik yang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome. Klinefelter Syndrome berlaku apabila kromosom yang menentukan jantina seseorang (seseekor?), yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.

Seperti yang kita ketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY. Manakala perempuan/betina pula, adalah XX. Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY. Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan (kerana kehadiran kromosom Y), tetapi adalah mandul (infertile)! Justeru, kucing jantan yang mempunyai 3 warna (kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna), pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan justeru itu, mandul!

Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya”? Hehe.

Kucing Chimera?

Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera. Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi, iaitu 2 zygote disenyawakan secara serentak, malah bergabung menjadi satu embryo ketika proses pembentukan di dalam uterus ibu!

Fenomena 2 zygote disenyawakan serentak adalah relatifnya biasa. Contoh paling mudah, kembar tidak seiras. Kembar tidak seiras adalah terbentuk sekiranya dua ovum disenyawakan oleh 2 sperma, membentuk 2 zygote. Dua zygote ini mungkin mempunyai jantina yang sama ataupun berbeza, ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.

Jadi, apa itu chimera? Bayangkan, 2 zygote kembar tidak seiras ini, mempunyai jantina yang sama, bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterus, menjadi satu! Chimera tersangatlah jarang terjadi, hanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkan sepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.

Begitulah juga dengan kucing chimera. Asalnya dari 2 zygote yang sama jantina tetapi berlainan warna, kemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing - jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."

[13:3]

Kucing dan Islam!

Islam itu syumul (lengkap), hinggakan panduan untuk berinteraksi dengan haiwan pun ada! Ya, sungguhpun tidak dinyatakan dengan jelas di dalam alQuran, tetapi banyak sangat peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W mengenai haiwan, yang menjadi panduan kepada kita. Bukankah baginda itu sebaik-baik role model?

Menyayangi haiwan, adalah sunnah Rasulullah. Islam sangat-sangat mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan, terutamanya yang jinak seperti kucing. Namun, janganlah terlalu menyayangi haiwan sehingga mengatasi kasih sayang sesama manusia pula!

Kalau kita tengok, negara-negara maju seperti di kawasan Eropah mahupun di sebelah timur (Korea dan Jepun), keprihatinan terhadap haiwan amat dititikberatkan. Pusat-pusat pemeliharaan (adoption center), persatuan-persatuan membela nasib haiwan dan sebagainya ditubuhkan, dalam usaha memanifestasikan kasih sayang terhadap haiwan.

Barat mendakwa, seorang individu bernama Richard Martin adalah orang pertama di dunia yang membela haiwan, ketika dia menubuhkan Persatuan Anti-Kezaliman Haiwan pada tahun 1824. Tetapi mereka tidak tahu, jauh lebih lama dari itu, hampir 1500 tahun dahulu, Rasulullah telah terlebih dahulu mensyariatkan umat Islam untuk berlaku baik terhadap haiwan! Nak tahu kisahnya?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, sesungguhnya Rasulullah pernah besabda:

"Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu."

Subhanallah! Alangkah mulianya berbakti kepada haiwan, sehinggakan dosa yang begitu berat pun boleh diampunkan! Banyak aspek kita boleh lihat pada hadis ini. Pertamanya, wanita tersebut adalah pelaku dosa besar, iaitu berzina (pelacuran). Namun, bukan itu yang diambilkira, sebaliknya keikhlasan wanita tersebut. Wanita tersebut bersimpati dengan seekor anjing! Walaupun anjing merupakan binatang najis mughallazah, tetapi ia tidak bermaksud kita perlu memandang jijik terhadap binatang tersebut. Wanita tersebut tetap sudi membantu anjing tersebut! Itu keikhlasan yang pertama. Yang keduanya, “ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya”! Ini menunjukkan, betapa nekad wanita tersebut untuk membantu si anjing yang kehausan. Jelaslah keikhlasan dan ikhtiar yang dilakukan wanita ini, yang datang dari hati yang suci, itulah yang menjadi sebab kepada pengampunan dosa beliau.

Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Satu lagi kisah mengenai haiwan, iaitu kucing. Seorang wanita yang menzalimi kucing. Dia mengikat kucing tersebut, malah tidak memberi makan, dan tak bagi pula kucing tersebut cari makanan. Ini menunjukkan betapa keji dan kerasnya hati wanita ini. Dan neraka jualah tempat akhirnya.

Sampingan: Kalau kita tengok kedua-dua hadis ini, kedua-duanya menunjukkan subjek yang sama, iaitu perempuan. Ini menunjukkan yang wanita mempunyai emosi terhadap haiwan, sama ada menyayangi, mahupun membenci. Kerana sayang dan benci itu berasal dari emosi. Kalau lelaki, mungkin hati kering sedikit. Tapi dengan wanita, emosi boleh menjadi kunci untuk ke syurga, mahupun ke neraka! Justeru, jadilah wanita yang pandai mengawal emosi!

Maka kita boleh lihat sendiri, betapa besarnya kelebihan menyayangi haiwan! Rasulullah tidak menyuruh kita bela haiwan tersebut smpai gemuk beranak pinak dan sebagainya, tetapi cukuplah sekadar mengasihani dan tidak menzalimi mereka.

Monday, February 23, 2009

~ Suka, Sayang @ Cinta??? ~

HANYA mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.

Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka tiada dalam kamus hidup mereka.

Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.

Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.

Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.

  • Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

  • Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

  • Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

  • Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


  • Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

  • Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

  • Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

  • Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

  • Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

  • Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

  • Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

  • Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

  • Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

  • Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

  • Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

  • Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

  • Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

  • Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

  • Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

  • Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.


  • Sunday, February 22, 2009

    Thursday, February 19, 2009

    ~ Nasihat yang Takkan Dilupakan ~

    AMARAN :
    Artikel ini mengandungi kesalahan ejaan, tatabahasa, tanda bacaan dan struktur ayat yang disengajakan. Kanak-kanak yang masih di bawah tahap UPSR harus mendapat bimbingan dan pantauan daripada ibu bapa atau ahli keluarga yang lebih dewasa. Harap maklum.


    Tetiber raser nak berkongsi tentang advice yang pernah terselit dalam speech pengetua kesayangan masa kat skolah dulu.. Nak dijadikan cerita, pengetua nie memang sangat emphasize tentang achievement dalam academic kepada anak-anak muridnya.. hehe.. so, memang jarang ketinggalan experiencenyer yang 'dapat 4.0 flat masa master + dah ader baby maser tue' menjadi antara isi yang dibold + dihighlite + diEMPHASIZE dalam speechnyer di majlis-majlis academic yang ader, tak ketinggalan juga masa assembly di D'Burn kesayangan.. Especially musim-musim mid term (atau nama femesnyer masa tue UPSS), final exam, pra-trial, trial, SPM dan segala exam yang ada..

    Beralih kepada isu utama post nie, tentang nasihat yang takkan dilupakan.. Pendek jer nasihat beliau tapi cukup mendalam tertanam dalam sanubari ini.. Chewahh!! Haha..

    'Semua orang nak berjaya kan?? Tapi kejayaan yang sebenar adalah apabila kita dapat membawa orang-orang di sekeliling kita berjaya bersama-sama dengan kita..'

    Maybe nampak macam simple, but it means so much to me.. So, renung-renungkanlah..

    Sekian, wallahualam.. (",)




    Friday, February 13, 2009

    ~ Curly-Won ~

    Hehe, comel x?? Memperkenalkan pakej-pakej menarik hadiah.. Macam buat untuk valentine pulak, but opppps, saya tak sambut valentine.. Nie hadiah-hadiah tertunda untuk mereka-mereka yang sepatutnya menerimanya berbulan-bulan yang lalu.. Hahaha.. Tue pon sipi-sipi terlupa lagi.. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka-mereka yang telah menolong xkiralah dari segi idea, masa, tenaga or material.. Kepada Che A**** yang tolong sponsor skit, Che Ella yang tolong-tolong wat riben, Che Wanie (burfday girl) yang tolong-tolong balut.. haha, dan xlupe gak Che Ain atas sokongan moral dan kritikan yang membina, haha. TQ

    Time kasih semua.. Dan di kesempatan ini, nak ucapkan Happy belated burfday wat Zana (29 Dec), Ain (11 Dec) ngan Wanie bayi akhir tahun (31 Dec).. Buat Che Ross juga yang genap umurnya 22 tahun hari nie, Selamat Hari Lahir.. Hadiah lambat skit ye, tertunda lagi nampaknyer.. Semoga sentiasa dirahmati dan diberkatiNYa.. Semoga panjang umur dan murah rezeki juga.. hehe
    Nie pulak close-up beruang-beruang di atas tue yer.. Amacam?? Ley bukak kedai gift x?? Tapi kne partner ngan Che Ila ngan Che Wanie r, sebab Cik Mim xreti balut adiah.. hahaha




    Thursday, February 12, 2009

    ~ Dengarlah Puteriku ~

    Buat sahabat~sahabat yang bakal melangkah ke alam baru.. hehe =P


    editor : Iskethayka

    Pada masa kini, dapat kita saksikan di kaca televisyen, dapat kita baca di dada akhbar, dapat kita layari di laman sesawang mengenai kes-kes penceraian yang angkanya semakin menakutkan dan membimbangkan. Apakah puncanya? Kesilapan dalam memilih jodoh? Kegagalan kursus perkahwinan? Ketidakfahaman mengenai kerukunan hidup berkeluarga? Sekadar mengikut 'trend' hidup artis Barat?


    Ya, penceraian itu dibenarkan dalam Islam, tapi adakah semudah itu melafazkan cerai atau meminta diceraikan? Adakah semudah itu mereka merobohkan masjid yang dibina?


    Perkahwinan itu dikatakan umpama membina masjid. Kenapa masjid? Kerana ia adalah tempat yang mulia dimana kita menjalankan segala aspek kehidupan sebagai muslim. Masjid juga merupakan pusat melahirkan ummat yang berkualiti dari segala aspek. Begitu juga perkahwinan, perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang akan memastikan kelangsungan hidup mati bangsa manusia. Bagi kita muslim, perkahwinan itu bermaksud meramaikan lagi hamba Allah untuk bersama-sama memakmurkan bumi dan menggalas tanggungjawab menjadi khalifah. Jadi adakah ikatan yang begitu murni ini sanggup dilepaskan begitu sahaja? Adakah masjid itu sewenangya dirobohkan begitu sahaja? Di mana silapnya kita?


    Teringat saya kepada pesanan ibu ketika abang hendak bertunang. Ibu berpesan kepada bakal tunang angah seperti ini : Duhai puteriku, bila kamu akan mendirikan rumah tangga, ingatlah pesan ini...
    Jadilah kamu hamba baginya dan dia menjadi hamba bagimudan jagalah sepuluh perkara untuknya...


    Yang pertama dan kedua : berlakulah qanaah kepadanya dan perlakukan dia dengan mendengar dan taat yang baik.


    Yang ketiga dan keempat : perhatikan apa yang dilihat dan dicium. Jangan sampai matanya melihat yang buruk padamu dan jangan sampai dia mencium yang buruk darimu, kecuali yang terharum.


    Yang kelima dan keenam : Perhatikan waktu makan dan tidurnya. Terlalu lapar itu membelenggu dan kurang tidur itu membuat dia marah.


    Yang ketujuh dan kelapan : Jagalah hartanya dan sanak saudaranya. Yang mustahak dalam harta benda ialah mentadbirnya dengan baik. Yang mustahak dalam rumahtangga adalah mengurusnya dengan baik.


    Yang kesembilan dan kesepuluh : Janganlah membantah perintahnya dan jangan pecah amanah serta membuka rahsianya. Jika kamu melanggar perintahnya, maka bererti kamu membuatnya marah. Jika kamu pecah amanah, maka kamu tidak akan mendapat aman daripada khianat kepadanya. Dan ingatlah, jangan kamu bergembira di hadapannya di saat dia bersedih dan janganlah pula kamu bersedih apabila dia bergembira. Yang pertama termasuk dalam kesalahan dan yang kedua kamu membuatnya runsing. Jadilah kamu orang yang menghormatinya dan dia akan menghormati kamu. Dan ingatlah, kamu tidak akan berjaya menggapai apa yang kamu inginkan, hinggalah kamu lebih mendahului rasa sukanya daripada rasa sukamu, sama ada mengenai apa yang kamu suka atau kamu benci.


    Cuba kita sama-sama merenung pesanan ini dan fahami apa sebenarnya kerukunan hidup berkeluarga. Semoga masjid yang dibina dapat terus melahirkan muslimin dan muslimah terbilang dalam membela agama kita dan bukannya masjid itu dengan mudah dirobohkan hanya dengan lafaz CERAI.

    Wednesday, February 11, 2009

    Jasa Bonda..

    Di saat kau lena dia berjaga
    Kau bersenang dia bekerja
    Untuk mu tiada terbatas
    Memberi tidak minta dibalas
    Ingin dibinanya untuk mu
    Kehidupan yang sempurna
    Punya kekuatan jiwa
    Punyai maruah

    Leterannya dari rasa luhur
    Menegur sebelum terlanjur
    Itulah yang diwarisi
    Pesan ibu terpahat di hati
    Beringat-ingatlah berpesan pesan
    Untuk kebaikan
    Marah bukan kebencian
    Tapi tanda sayang

    Engkau semakin dewasa
    Berjiwa merdeka
    Sedang dia semakin tua
    Membilang usia
    Di saat kau berjaya
    Dia tiada berdaya
    Semoga kau tak lupa
    Jasa bonda




    ~ Aku ~

    Ku lukiskan potret sebuah cerita,
    Terpahat indah didalam memori,
    Kehidupan ku semasa kecilku,
    Belajar memahami erti kehidupan,

    Kini ku, setelah ku dewasa,
    Jasa ayah dan bondaku, tidak akan ku lupa,
    Mengajar ku erti kehidupan,
    yang penuh dengan kenangan,

    Ayah dan bonda,
    Terimakasih kerana memberikan ku kekuatan,
    Menjadi teman duka dikala ku terluka,

    Kaulah sumber inspirasiku,
    Menjadi teman gembira,
    Sentiasa disisi bila ku perlukan mu,
    Oh Ayah dan Bonda

    Jasa mu tidak akan ku lupa,
    Mendewasakan ku dengan sempurna,

    Terimakasih atas semuanya,
    Besar jasamu tidak mampu ku balas,
    Biar segunung harta dan wang berjuta,
    Tidak senilai dengan keringat dan airmata,

    Kan ku hiasi malam hariku,
    Dengan doaku kepada yang Esa,
    Ampunilah dosa kedua mereka,
    Kasihanilah mereka seperti kecil ku

    Ayah dan bonda dengarlah lagu ku ini,
    Sebagai bicara penyusun kata,
    Tiada ku mampu membalas jasamu,
    Memori indah sebuah kehidupan..




    ~ Antara Dua Cinta ~


    ~ Puisi ~


    Tuesday, February 10, 2009

    Beritahu Pada Muslimah

    www.iLuvIslam.com

    saiful_ilham

    editor : IskethaykaL

    Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;

    disentuh terguris,

    dihantuk serpih,

    dihempap berkecai.

    Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;

    cakap tinggi nanti dibenci,

    terlalu rendah dipijak pula,

    cakap sombong mengundang lawan,

    hati-hati meluah kata,

    kerana pulut santan binasa,

    kerana mulut badan binasa.

    Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;

    harga diri letaknya di situ,

    jangan meluru ikut telunjuk nafsu,

    sesekali tersilap langkah,

    akan dihukum selamanya,

    keturunan dicerca payah,

    menyesal kemudian bukan faedah.

    Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;

    ia cermin peribadi, juga lambang bangsa,

    di mana dan dalam keadaan macam manapun,

    biar orang kenal...

    Dia orang ISLAM.

    Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;

    kerana malu itu,

    sebahagian dari iman...

    ~ Aku Wanita ~



    By : Dato' Siti Nurhaliza




    Aku wanita punya hati nurani
    Yang tak dapat dibohongi
    Pabila cinta telah membutakan mata
    Dan membuat tuli telinga

    Apakah salah jika aku menyinta
    Apakah salah jika engkau ternyata
    Pilihan hati belahan jiwaku ini

    Cintaku ini anugerah terindah
    Dari yang Maha Kuasa
    Cintaku padamu tak pernah berubah
    Meskipun kita berbeza


    Aku wanita aku kaum hawa
    Yang memang rapuh hatinya
    Aku wanita aku punya cinta
    Selayaknya manusia

    ha a a...

    Satu yang ku mahu
    Ku wanita...
    Yang hanya perlu kau fahami

    Wanita... ooo...
    Ku wanita... uuu...
    Wanita...





    Wanita - Siti Nurhaliza