Friday, April 17, 2009

~ Mission Accomplished!! ~

Tanggal 17 April, akhirnya berjaya juga melengkapkan koleksi novel penulis kegemaran. Tapi novel-novel nie hanyalah judul-judul yang diterbitkan di bawah Alaf 21.. Ada 14 Novel semuanya dan termasuklah Pei Pan terbitan Utusan Publication. Cuma ada dua lagi novel iaitu Anugerah Pertama dan Igauan Maut keluaran DBP. Semalam singgah juga di booth DBP, bersama rakan seperjuangan yang juga peminat novel Uncle Ramlee Awang Murshid, tapi DBP tak bawa pula sempena Book Fair, katanya stok tue ada tapi terpaksalah datang ke HQ DBP atau order secara online. Walaupun hampa, tapi tetap gembira sebab semalam banyak promotion. Beli 3 novel dapat RM 45, maknanya satu novel harganya RM15 jer.. Selain DBP dan Alaf 21, singgah juga kat Telaga Biru, nak jenguk-jenguk mana lah tau Kak Fatimah Syarha dah keluarkan novel baru. Hihi, tapi belum ada lagi, jadi untuk tak menghampakan diri belilah buku terbaru beliau entitled Pemilik Cintaku.. (semalam dah baca half before tidur), hehe
Bukan tue jer, sempat lagi pusing-pusing kat booth Al-Hidayah semalam, booth color kuning, hehe.. Saja tengok-tengok kalau-kalau ada novel baru karya Habiburrahman El-Shirazy.. Gaya macam belum ada, jadilah ambil Hilangnya Pesona Cleopatra untuk dibawa pulang..

Borong macam-macam, objektif nak lengkapkan koleksi, tapi timbul lagi persoalan, bila nak baca tue?? Pastinya bukan dalam masa terdekat nie, kena fokus untuk exam dan tesis..

Sangat gembira dan sangatlah penat..


Kepada yang belum baca Mikhail, silalah baca, best!!
Nak promote book fair skali..

KL International Book Fair
Venue : PWTC
Date : 17 April - 26 April 2009
Opening hours :
Mon - Thurs: 10.00AM to 8.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM

TQ kat Wanie yang ajak pergi and tolong sikit-sikit bawa barang, hehe. Din pun sama.. Juga kat Shafiq yang tolong fetch kat komuter semalam..
To Cik Ross, 1515 ngan 1511 pun ada.. Kat booth Utusan..
Kepada Yana and CT, jangan sedey, book fair sampai 26 April..

~ (^_^) ~

Monday, April 6, 2009

~ Teka-Teki LaGi.. ~

Teka-teki nie asalnyer cikgu Maths masa darjah empat yang bagi.. Masa tue skolah kat Sekolah Kebangsaan Dato' Shah Bandar Abu Bakar Labu Hilir.. Kelas 4 Biru.. Yeah!!! Sesi 1997.. Tetiber tengok Die Hard (tak sure Die Hard 1, 2, 3 ke 4), baru tersedar antara task yang diorg dapat sama ngan teka-teki nie.. Nie yang part die letak bomb kat sekolah kengkonon, nak alihkan attention police, sebab diorang nak rompak bank..

Bunyinya begini :
Mak Ali suh Ali pergi ambil air kat telaga.. Mak dia suh amik air 4 gelen.. Tapi Ali cuma dibekalkan dengan bekas yang boleh memuatkan 3 gelen air dan 5 gelen air jer.. So, camaner Ali nak sukat 4 gelen air tue?? Erm, kat bekas air tue tak ada skala penyukat yer...

Selamat mencuba!!

p/s : If dah pernah tengok dalam Die Hard, diam-diam sudah yer... (^_^)

~ Teka-Teki ~

Ada 5 buah rumah yang bersebelahan antara satu sama lain. Setiap rumah mempunyai warna yang berbeza. Setiap rumah didiami oleh seorang lelaki yang berbeza kewarganegaraan. Setiap pemilik rumah menggemari minuman yang berlainan, bermain permainan yang berbeza dan memelihara binatang peliharaan yang berlainan. Tidak ada seorang pun di antara mereka yang menggemari minuman yang sama, main permainan yang sama dan memelihara binatang peliharaan yang sama.

Soalannya :

SIAPAKAH DI ANTARA MEREKA YANG MEMELIHARA IKAN SEBAGAI BINATANG PELIHARAAN??

Pembayang
1 Lelaki BRITAIN tinggal di rumah bewarna MERAH
2 Lelaki SWEDEN memelihara ANJING
3 Lelaki DENMARK minum TEH
4 Rumah bewarna HIJAU terletak di sebelah kiri rumah bewarna PUTIH
5 Pemilik rumah bewarna HIJAU minum KOPI
6 Pemilik rumah yang bermain TENNIS, memelihara BURUNG
7 Pemilik rumah bewarna KUNING, main CHESS
8 Lelaki yang rumahnya terletak di tengah-tengah, minum SUSU
9 Lelaki NORWAY tinggal di rumah PERTAMA
10 Lelaki yang main POKER tinggal di sebelah rumah lelaki yang memelihara KUCING
11 Lelaki yang memelihara KUDA tinggal di sebelah rumah lelaki yang bermain CHESS
12 Pemilik rumah yang bermain BILLIARD minum BEER
13 Lelaki GERMAN bermain GOLF
14 Lelaki NORWAY tinggal di sebelah rumah bewarna BIRU
15 Lelaki yang bermain POKER berjiran dengan lelaki yang minum AIR

Selamat Mencuba!!

Hint : Cuba wat cam main sudoku... List possibilities n cancel.. Hehe (^_^)