Thursday, March 26, 2009

~ Tatkala diriku bermonolog.. ~

Ini adalah monolog diriku.. Aku spesies yang kadang-kadang budget tak sensitif, tapi realitinya adalah sebaliknya.. Frankly speaking, aku agak kecewa dengan perfomance aku di sini.. Aku rasa aku tak buat sebaik mungkin di sini.. Harapan aku hanya tinggal harapan yang tak terkejar dek kealpaan dan kelalaian diriku.. Cita-cita untuk grad first class kini hanyalah tinggal impian yang tak tergapai.. Namun aku tak berputus asa, kucuba pujuk diriku dengan back up impian, boleh kira second impian juga kot.. Grad dengan at least 3.5 plus SOA paper P, kukira taklah kecewa sangat walaupun tak dapat first class.. Tapi tanggal 17 Mac menyaksikan aku sekali lagi gagal dalam merealisasikan impian keduaku.. Aku fail SOA! Walaupun sebenarnya aku tak mengharapkan pass sebab aku studi huhuhehe, tapi in the bottom of my heart, aku menangis penuh kekecewaan dan kesedihan.. Adakah aku nie lampi dalam soal perasaan?? Sepanjang minggu tue, aku memang macam hilang arah.. Duduk depan laptop, dan berfoya-foya..

Aku terfikir, kenapa aku jadi macam nie?? Dan aku dapat jawapannya.. Mungkin banyak faktor yang menyumbang kepada tragedi yang berlaku dalam saat hidupku di sini, tapi aku yakin inilah dua faktor utama.. Orang kata, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. Sesuai ke peribahasa tue dengan situasi aku nie ek?? Haha, mungkin aku senaraikan terlalu banyak benda yang hendak dikejar, dan akhirnya aku kecundang dalam meraih kesemua benda yang aku kejar.. Dan kedua, adakah aku terlalu lama mengcelebrate kegembiraanku sebab dapat course yang aku minat?? Mungkin..

Tue cerita minggu lepas, dan sekarang aku dah tak kisah. Aku hanya akan buat yang terbaik. Ya, yang terbaik! Jadi, aku tak kecewa lagi.. Mungkin ada hikmahnya, menyedarkan aku supaya aku lebih struggle lagi di alam pekerjaan.. Mengejar lagi impian aku untuk jadi AA.. hehe (",) Owh, apa itu AA? It stands for appointed actuary, or mungkin qualified actuary?? Azam aku, nak memartabatkan institusi kewangan dan insurans berasaskan Islam yang selari dengan prinsip syariah, chewahh!! Adakah aku poyo?? Hehe

Tadi aku dengan Yana, Siti, Copok, Din dengan payung Yana pergi round-round PPSM sebagai rombongan jemputan barbeque.. Satu-satu bilik lecturer kami ketuk.. Entah semena-mena, aku rasa sedih, sebab tak lama lagi aku akan bersara dan meletak jawatan sebagai degree student kat sini.. Aku sedih! Sedih sebab terasa banyak sangat memori dan kenangan yang ada kat sini.. Aku sedih nak tinggalkan semua tu.. I wish I could start anew as a first year student.. Namun harapan tu hanyalah fantasi semata-mata walaupun dengan kehadiran Doraemon sekalipun..
Aku cuma nak ucapkan infinitian terima kasih kepada semua lecturer PPSM, staf, coursemate,friends dan benda bukan hidup yang ada di situ, yang telah menemani aku sepanjang perjalanan hidupku di sini.. Thank you very much.. I'm gonna miss u all so much... Hanya Allah yang dapat membalas budi dan jasa kalian..

4 comments:

wani said...

:) selamat bergraduasi..
hihi..
final sem kan?
chaiyOk!!~

Noru Amran said...

mee ma.. xnk thanks kat mama+meme+anak2+michael ke?
=P

Haf said...

mimah,dtg laa melawat aku sme dpn.aku masih di ukm,huhu...

Unidentified Sensei said...

akhirnya mimah bermonolog...haha!
La Tahzan, Innallaha ma'anta...
Ada hikmah disebalik kejadian, ini lah warna warni kehidupan, @pun lbey tepat g, roda hdup.kejap atas, kejap bwh, kejap sisi, ape2 je lah 360 degree punye turn around. Ape yg berlaku, sape yg hadir dlm hdup kte, tlh mmbuatkan hdup kte pnuh warna warni dn cerita yg pelbagai kn?..Itu bukti sifat Ar-Rahman, Ar-rahim dan Al-Hakim Tuhan pencipta kita.huhu (^_^)